[Cerpen][carousel][6]

Friday, January 20, 2017

Perihal Tentang Cinta

7:00:00 PM
Khusus Untuk Mereka

Kisah mengenai cinta ini sangat sensetif
Malah dalam islam cinta itu amatlah indah jika cinta kita berpaut pada ilahi 
Aku punyai kisah cinta juga tapi tidak dihebohkan, bak kata orang 
"Malangnya lelaki itu bercinta dengan aku "

Tapi soal menegur ini juga sangat sensetif, dari zaman sekolah , jika ditegur soal cinta monyet , cinta islamik , cinta dan pelbagai cinta pasti akan dikata " kau harus dibenci kerana cemburu dengan percintaan kami atau siapa yang malang sgt nak bercinta dengan kau "

Malah disoalnya kembali tentang perkara yang sama, kenapa kau memasuki usrah hanya kerana mahu mengenal cinta ? Kerana dari usrahlah aku dapat didikn agama dan cinta dari para daie' yang cintakan tuhannya . Bukan cintakan si daei itu kerana kata-katanya atau rupa parasnya

Ada orang bercinta senyap-senyap sahaja, tidak heboh satu dunia, malah dia tahu takut-takut jodohnya bukan orang yang dicintainya sekarang, malah dia takut juga jodohnya dengan ajal makin dekat dan tiba.  Tuhan telah tetapkan dimana hambanya berada dan bernasib baik atas kelakuannya.


لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Cinta ini boleh diterjemahkan dengan pelbagai bentuk dan cara, malah boleh dikira kau pun pernah jatuh cinta akan syahid yang di idamkan pada setiap umat islam di dunia. Tapi bagaimana kau sampaikan pada tuhan ?
Malah definisi cinta pada orang tua juga boleh dikira sebagai cinta yang sempurna dari kita lahir ke dunia hingga mereka pulang ke pangkuan tuhan yang maha esa. 
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”. Surah Al Isra' / Ayat 24
Inilah yang dikatakan cinta yang perlu dihadamkan oleh setiap manusia, bukan mengenali cinta itu dengan nafsu semata-mata . Tiada siapa akan cemburu dengan cinta yang kau pegang malah jika dijaganya dengan baik , maka tuhan akan panjangkan jodoh itu dengan sempurna, bukan kerana cantiknya seorang wanita atau kacaknya seorang jejaka. Habis madu sepah di buang kerana sikitnya masalah di hadapi ketika percintaan berlangsung.
Adat orang tua, menjodohkan anak-anak mereka dengan pilihan yang kadang-kadang sesuai kadang-kadang tidak kena. Ada anak-anak yang masih dalam proses mengenal pasangan mereka malah ada yang kekal , ada juga yang durjana !! ( Ayat paling kejam )
Ada seorang sahabat saya di jodohkan dalam kalangan ahli usrah mereka, malah tidak kenal pun satu sama lain , ada juga yang idamkan sangat jodoh dikalangan jemaah , maka terlahirkan program Keluarga Mawaddah Wa Rahmah.
Tapi mereka jenis berdiam sahaja, tidak dihebohkan satu kumpulan usrah yang lain, yelah proses pengenalan tidak mungkin akan sampai ke jinjang pelamin . Malah jika istiqarahnya berjaya , itulah jodohnya, jawapan dari tuhan itu semuanya sempurna. Tidak terburu-buru dalam percintaan .Hingga tiba di hari atau menjelang hari yang dinantikan , barulah dikhbarkan pada rakan terdekat dan sedara mara
Itulah proses yang dilaluinya , kerana seorang lelaki bersedia melakukan tanggungjawab yang adil buat isterinya kelak. Memahami, Mengerti, Melindungi dan Menyanyangi Keluarga itulah tanggungjawab sebenarnya seorang lelaki bernama suami. 
Element Cinta Selepas Nikah tidak lagi sesuai sebenarnya , rata-rata dikalangan orang muda yang acah ustaz/ustazah pun pernah berkenalan terlebih dahulu sebelum nikah. Malah berkawan biasa pun ada. Untuk menjadikan mereka bersedia atau tidak masing-masing perlu perbaiki diri dahulu, bukan terus hentak berkata
" Wahai Fulanah , sudikah anda menjadi suri hidup saya selamanya "Si Fulanah terasa gembira lantas lompat-lompat dalam hatinya terus mahu bernikah !
Tapi apakah persediaannya ?
Seorang wanita harus mengetahui tanggungjawab sebenar seorang isteri , adakah perkara asas sahaja dia tahu atau memang dah nak kahwin sebab istilah "andartu" oleh masyarakat melayu ?
Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. 
Sabda Rasulullah SAW: Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT. (Riwayat Ahmad)

Hidup ini bukan macam dalam cerita 7 Hari Mencintaiku atau Isteri Tuan Ihsan, ataupun drama Maid lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat , yelah jatuh cinta dengan bos sendiri satu rumah yang hensem , cer kalau bos dia tak hensem , ada rasa nak kahwin ? atau Main dia tak lawa, gigi jogang ? Drama semua ni
Oleh kerana itulah , Cinta yang paling tinggi dalam kehidupan manusia terutama umat islam adalah cinta kepada Allah SWT sang pencipta segala isi bumi dan semesta dan yang maha memiliki cinta. Umat muslim yang mencintai Allah akan merasa bahwa sebagai hamba Nya kita tidak dapat hidup tanpa adanya kasih sayang dan cinta dari Allah SWT. 
Maka dari itu, mencintai allah SWT adalah mutlak bagi setiap umat muslim. Orang yang mencintai tentunya akan melakukan segala sesuatu untuk yang dicintainya, termasuk jika seorang mukmin mencintai Allah SWT. Ia akan selalu berusaha untuk mengikuti segala perintahnya dan menjauhi larangannya. Sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah SWT dalam surat Al Baqarah ayat 165 berikut
 وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ
Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman mereka sangat mencintai Allah.” (QS al-Baqarah: 165)

Maka, disebalik cinta tersembunyi ini, Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya yang bersabar . Menegur itu tanda sayang bukan teguran yang berasaskan dengki atau niat jahat hendak putuskan cinta seseorang itu, amatlah jauh sekali. Menghalalkan benda yang haram juga tidak boleh sama sekali. Takut-takut tanggungjawab seorang kawan barangkali boleh ditanya kelak kenapa kau tidak menegur rakan kau yang berbuat dosa.
Hanya untuk elakkan fitnah besar dari mulut-mulut manusia yang tidak sepatutnya. Ramai yang menjaga kita sebaiknya untuk mengelakkan fitnah diantara kita.
Dan jika seseorang tidak lagi memiliki rasa cinta pada Allah SWT apalagi ajarannya maka tertutuplah hatinya
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah ali-Imran: 31)
Kerana itulah Luqman Al Hakim sering menasihati anak nya 
“Wahai anakku! Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah SWT bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”
Bitara Terus Bitara !


Saturday, December 3, 2016

Ke Sarawak Lah Kiter ~~~~~

8:23:00 PM
         Pada 10 Nov 2016 yang lalu, penulis berpeluang ke Sarawak, Sarawak ini sangat luas, Pada tahun 2015, bahagian Sarawak ( Menjadi Daerah ) terbahagi ke 12 iaitu
  • Kapit
  • Miri
  • Bintulu
  • Sibu
  • Limbang
  • Mukah
  • Sri Aman
  • Samarahan
  • Kuching
  • Sarikei
  • Betong
  • Serian
Oleh yang demikian , Pesawat Air Asia yang penulis naik hanya turunkan di Kuching International Airport sahaja. Bertolak pada jam 12.30 tghari dan tiba di Kuching pada jam 3.30 petang. Penulis ini sebenarnya adalah manusia yang alergik dengan kapal terbang, mungkin rasa takut itu masih ada. Kerna sering mengikuti kisah kapal terhempas satu tika dahulu. Setelah tiba di Kuching, Penulis bersama seorang sahabat di ambil oleh seorang brader yang baik, lalu kami pun mengambil kereta di sewa di salah satu tempat di daerah Kuching juga tapi tak ingat apa namanya ( hahahaha ).

Sebenanya ada kisah di atas *flight , kasut penulis sudah lusuh hendaknya dan agak berbau malah tidak sopan nya pada ketika itu, akibat dengan itu, setela tiba di Kuching, terus pergi beli kasut yang baharu dengan harga jauh beza dari semenanjung ( hahahaha ). Pertama kali sampai ke " India Street yang ala-ala Masjid India di KL lah bergitu. Saya mencari kedai kasut yang murah namum hasilnya dapat yang mahal , hahahahah


Permandangan pertama kali bila tiba di Sarawak.

Apabila saya drive di sekitar bandar Kuching ini, rasanya agak janggal sangat, malah teringat akan kampung halaman di Sungai Petani , Kedah. Sehinggakan bila tiba di sana, nak makan pun ragu-ragu. Kawan saya berkata , mungkin ada yang tidak halal, bukan semua boleh makan. Padahal boleh sahaja cari kedai makan yang halal di sekitar Kuching tersebut. Tapi kalau datang Kuching semata makan McD atau KFC adalah perkara yang sia-sia sebab kat KL pun ada.

Ke India Street


India Street , kalau ikut fahaman dalam google ia dibina pada abad kurun ke-19 , masa itu banyak pedagang India Muslim datang menjual kain-kain mereka disini. Disebalik ruangan kecil itu ada sebuah masjid india disitu. Struktur binaan masjid telah banyak kali diubahsuai sejak ia dibina oleh komuniti India Muslim Kuching pada abad ke-19.

Jika anda datang ke sini bolehlah lihat jenis kainnya, sangat lawa , lagi-lagi kalau kain batik sarawak.
Ia tidak lah mahal tapi berkualiti sekali.

Berkunjung dan menginap di Rumah Kak Yati.

Well , ini pertama kali duduk di rumah keluarga yang betul-betul asalnya orang sarawak. Senang cerita , penulis hanya faham bahasa melayu sarawak yang mudah sahaja, tapi ini kaum diorang guna bahasa melanau ni. Kita ni taklah berapa faham, namum bila tengok diorang ketawa , kita pun ikut ketawa sekali. Makan sejemput macam malu-malu gitu. Merasa diri buat-buat faham ketika perbualan mereka, maka saya mengambil keputusan untuk tidur awal. hahahahaha

Cerita Konvo Si Atikah Fathie.

Maka pada hari sabtu, 12 November 2016 yang lalu , Nur Atikah Fathie ini telah berjaya menamatkan konvonya di Kolej Teknologi Sarawak dalam bidang Akaun. Makanya kita hadir sebentar untuk meraikan konvokesyen beliau di hotel apa nama ntah hahahaha, maaflah penulis cepat lupa. Perkara paling tidak gemar ketika berkonvo adalah pihak urusan atau pengarah program majlis konvo itu. pertama standart biasa lah jika majlis konvo berlangsung akan ada perarakan masuk dif-dif kehormat bagai pastu ucapan bagai macam tulah, tapi itulah penulis ni tidak suka orang bercakap maka mengambil keputusan untuk tidur di bahagian luar dewan di tempat yang tersembunyi , maka hampir mahasiswa tersebut mengambil scroll diorang , penulis masuk, tak sangkalah ada gimik penutup aksi pelajar atau mahasiswa menari kat hadapan tu. 

Kisahnya , muziknya terlalu gempak, tidak semua ibubapa itu hadir nampak akan tarian pelajar kolej itu, Maka terpaksalah mak bapa meninggikan leher mereka utk lihat apa berlaku di hadapan tersebut. Kita cari konklusi yang lain dimana, jika tidak mampu membuat live feed ringkas tapi saya (promot diri ) sebagai media boleh memberikan anda live feed yang termurah! , hanya simple hehehe. Kesian ibubapa yang dari jauh datang tak nampak apalah budak-budak tu merepek kat depan. 

Bab makan, saya cukup tak gemar layanan pihak hotel tentang makanan, Nasi tak cukup lepas tu lauk habis cepat. tempat makan terhad, kerusi meja pun terhad, kena makan berdiri. Kesian tau parent graduan kena makan merata. Saya tidak pasti jika ada kolej swasta lain yang buat macam ini juga. Kebajikan gradauan diambil kira tapi kebajikan keluarga graduan bagaimana ? Saya pasti anda telah lakukan yang terbaik untuk mereka akan tetapi ambil kiralah untuk perihal makan, tempat dan sebagainya.

Selepas tamat konvo tersebut, keluarga Atikah membawa saya keluar makan dan berjalan-jalan di sekitar Kuching. tepat jam 4 petang, keluarga Atikah membawa saya pulang ke Mukah, Kampung halamannya.

Perjalanan ke Sebuyau

Penulis sangka akan terus ke Mukah, rupanya


Bila lihat maps diatas , dari Kuching ke Sebuyau pun mengambil masa yang agak lama. Bertolak jam 4 petang , tiba di Kampung Sebuyau jam 10 malam, lebih kurang dalam 6 jam perjalanan, Penulis masuk kereta tidur , mana tahu apa kat luar tu hahaha

Walaubagaimanapun , Mukah atas lagi dari Sibu. Perjalanan yang sangat gelap gulita, tiada lampu yang yang banyak . Melalu Jambatan Batang Sadong yang dikatakan tepanjang di Sarawak. Buaya jangan cakap memang banyak dibawah itu cuma buaya darat hidup di darat hahaha



Tiba di kampung Sebuyau, penulis dijemput utk bermalam di situ sebelum ke Mukah pada keesokkan harinya, pada malam itu, penulis disajikan dengan makanan masakan sarawak yang enak, entah kenapa pada malam itu cukup selera makannya sampai hampir habis semua lauk tuan rumah . 


Perjalanan Ke Mukah.


Pada pagi Ahad tersebut , Kampung Sebuya di hujani hujan yang sangat lebat. Tepat jam 8 pagi , penulis bersama keluarga Atikah bertolak ke Mukah, Sarawak. Apa yang menariknya penulis berpeluang menaiki dua kali feri untuk 'short cut' jalan asal ke Mukah.

Jika anda menaiki bas , mahu juga seharian di dalam bas untuk sampai ke Mukah bermula perjalanan dari Kuching Ke Mukah.

Feri Wawasan Kuching ini lah yang penulis naik, hehehe , dah rasa mcm dekat Butterworth , Pulau Pinang pula. 


Menunggu feri pertama ini hampir 30 minit juga, masa itu kereta alza pak cik tu minyak dia macam tak banyak dah hahaha, tapi itulah sikap sabar orang lama, tenang sahaja bawa kereta hingga sampai ke pelabuhan feri kedua. Semasa tiba di pelabuhan feri kedua, penulis agak terlupa dimana , hahah namum perjalanan itu akan sampai ke Sibu Sarawak.



Pak cik tersebut singgah makan di sebuah pasar berdekatan. Ibu Atikah membeli barang keperluan dapur harian disana. Maka penulis hanya mahu mencuci mata. Pak cik tadi mengajak penulis makan bersama mereka di sebuah warung berdekatan. Merasai Mee Kolok asli Sarawak yang jauh beza dengan Mee Kolok Dapur Sarawak , Kuala Lumpur.


Ini dia Mee Kolok asli orang sana, pehh pedas dia hebat , sambal dia ada rasa masam-masam sikit tapi best. Mungkin usus penulis baik masa kat Sarawak tempoh hari, maka usus tidak meragam ketika dalam perjalanan.

Bezanya jalan di Semenanjung dan Sarawak adalah tiada RNR dan tidak banyak Stesen Minyak . Oleh yang demikian tak salah lah Tok Nan asyik dok perli Najib Razak tentang hal dan masalah rakyat sarawak. 

Jika anda berada di Kedah, pusat pendalaman daerah di kedah punyai stesen minyak yang mini. tidak di jual didalam botol atau tong minyak kecil. Cas mini stesen minyak disana adalah sama harga dengan pasaran minyak yang asal. Namum jika jumpa orang jual minyak petrol dalam tong di sarawak adalah perkara biasa. Memang susah untuk jumpa stesen minyak sebenarnya 


Harga liter dia pula jauh mahal sikit dari harga asal, mahu tidak mahu kena beli juga sebab terlalu sukar untuk dapatkan stesen minyak disana. Rupanya inilah realiti asal penduduk disini. 

Maka jika di Kampung Batu 8 ( jika tidak salah ) , Hulu Langat, Selangor juga ada jual minyak dalam botol ini, tapi untuk backup sahajalah sebab dia jual kat orang kampung kat sini untuk jalan-jalan disekitarnya sahaja. Tidak seperti di Sarawak sana nun. Beza ya anak-anak. ( ini adalah cerita orang pertama kali jalan naik kereta di sarawak ).

Tiba di Sibu dalam jam 3 petang bergitu, kata Atikah punyai 2 jam lagi untuk sampai ke Kampung Oya , Mukah. Maka perjalanan ini untuk tidur hahahaha . Tiba di Mukah dalam jam 6 petang bergitu. Sempat juga saya berjalan-jalan di sekitar Kampung Oya . Mukah.


Permandangan Maghrib ( 6.35 PM ) Waktu Sarawak.

Seronok juga perjalanan kali ini sebab banyak tidur rasanya, haha tapi jalan jauh itu berharga di dalam pengalaman hidup , sekurang-kurangnya dapat merasa di negeri orang dan melihat permandangan indah di Sarawak. Pada sebelah malamnya itu, berpeluang tangkap ketam . Wahhh tempat yang ada buaya besar bukan buaya darat. Dapat juga makan ketam fresh ni beb. Mak cik si Atikah rebus hidup-hidup ketam tu beb ~~ hahaha



Jika di Kuala Lumpur ini , kita akan dapat ketam bunga yang sedap, huhuhu penulis pernah beli ketam yang dah mati dan direbuh, ( kurang fresh macam ni ) tapi ini lah kali pertama tengok ketam hidup-hidup kena rebus. Hahahaha

Sangat sedap rasa isi ketam ini malah dicicah pula dengan kuah cili yang enak. Malah di jemput pula makan umai udang. Inilah pertama kali masuk ke tekak. hahaha . Ia tidak rebus akan tetapi di rendam dalam air garam yang memang masin ya amat ! Itulah pertama kali makan beb, lepas tu taubat dah.

Sebenarnya tak banyak nak kongsi pada kali ini, cukup sekadar yang ada sudahlah kan. Hehehe, Rasanya nak kongsi gambar sikit


Ini Kisah seekor kucing jantan peliharaan nenek Atikah. Mybe sebab dia nak tidur, dia datang pada nenek itu dan mengurutnya. Tapi lepas tu dia datang pada penulis lalu acah-acah untuk mengurut rupanya nak tumpang tidur atas bahu wehhhhh !

Mula-mula datang buat muka baik, pastu angkat dua kaki depannya mula mengurut-gurut bahu. dalam 15 minit macam tu, dia lihat penulis rilek sahaja, dia mula mengerakkan badannya lantas terus baring kat bahu tu. 

Nampak tak permainan kucing ini. hahaha apapun kucing ini tetap manja dan tidak kisah dengan orang sekelilingnya.

Akhir sekali, penulis pulang ke Kuala Lumpur pada hari isnin pagi di Airport Sibu. Well dalam flight ni nak cerita sikit, masa pergi sabah dulu tak pernah pula rasa nak order makanan dalam fligt tu, sebab dapat "hot seat" maka mula rasa bongkak sikit untuk order makanan.


Sup cendawan tu adalah sup segera keh, just tambah air sahaja. boleh tahan lah sedap dia .Tapi itulah harga bukan main. Aishhhhh

Sekian.






Aku akan rindui kampung ini, tidak puas kembara lagi ~~

FOLLOW @ INSTAGRAM