Wednesday, January 30, 2013

Filem Dramatik Islamik Malaysia

"saya buat filem ini kerana saya sedang menyampaikan mesej dakwah pada orang jadi saya cuba menjadi pengarah yang baik dan setulusnya saya mahu mesej drama ini disampaikan pada masyarakat bukan tindakkan yang bukan-bukan dan bukan kerana pelakon tapi kerana mesej yang hendak saya sampaikan"

Bagi saya mungkin itu kot (mungkinlaaa ,mungkin jika benar) ayat pengarah yang suka buat filem cinta ala-ala Islamic ini .

 Muktakhir ini , ramai yang membantah drama bersiri Sahara yang bakal atau memang dah siar di tv astro prima dan antara babak yang tidak perlu dimasukkan dalam filem ini jua telah menjadi promo baru-baru ini di astro dan juga saluran astro di youtube . Mungkin ada mesej yang di sampaikan tapi cara penyampaian itu juga tidak mengena dengan pelakon bukan muhrim ini . Yolah Filem melayu kalau tak peluk tak sah ! (eleh macam aku tak pernah buat short story ada juga nya scene peluknya hua hua hua ) .

Ini masalah semua yang terlibat , hal ini berkaitan bilamana Sahara memakai furdah atau erti bahasa lain Niqab tidak menunjukkan kecirian islamik , kot ya pun nak jatuh tak perlulah di dakapan si pemuda itu , kot pun pengarah suruh , anda haruslah berfikir watak anda seorang wanita solehah yang berfurdah !

Gambar 1.1 : Scene yang sangat-sangat kontroversi,sudahlah tangannya bersentuh dengan si pemuda itu (bajet jatuh) lepas tu mata pula bertentangan , hal ini mugkin boleh menyebabkan bukan menyebabkan dah memang HARAM dah pun .......  cuma disini saya bajet la , kononnya setan sedang meragut jiwa si pemuda tu lantas perempuan itu terpegun bajet lima minit kemudian si perempuan tu sedar dan lepaskan diri dari dakapan lelaki itu lantas berkata si pemuda itu ,

"saya minta maaf , saya minta maaf , saya minta maaf"
sambung si wanita itu dalam hati 
"astarfirullahal'azim astarfirullahal'azim"

Well .... 
Drama melayu beb ~~ dah hafal skripnya dan Ralat : Sebelum korang maki aku lebih lanjut hah ini Drama Indonesia kan kan kan .. Tapi Sebab Tayangan Di Malaysia jadi ada kena mengenalah dengan dalam penerbitan drama malaysia tapi pelakonnya di Malaysia. Mungkin .

Mari kita ungkaikan antara filem islamik di malaysia ini .

Syukur 21 (2000)


Syukur 21 , Filem pertama terbitan David Teo masa muda dimana Kumpulan Nasyid Raihan berlakon dalam filem fiksyen sains ini , jalan ceritanya yang bagus dan mantap tapi ada kelemahan yang satu sahaja dalam filem ini .
 Gambar 1.2 

Salah satu scene yang tidak patut di pra tonton tapi filem ni dah lama dimana Lili lakonan Norazizi Zulkifli membuka tudung dan menampakkan rambutnya , bukankah itu aurat ? haaa scene tu jelah yang salah sikit ja scene lain tiada masalah dan tiada unsur sentuh muhrim dan bukan muhrim disini walaupun Yang Kassim turut juga berlakon dalam filem ini namum tidak pula dia sentuh watak isterinya dalam filem ini yakni Elly Suriaty .

7 Petala Cinta (2012)


Filem ini juga sama penerbitnya yakni David Teo , namum ada juga kesalahan fatal dalam filem ini dimana berlaku juga persentuhan dalam filem ini dan bukan membabitkan di pemakai niqab namum 50% darinya dimana scene Aeril Zafrel dan ex-kekasihnya telah berlaku sumbang dan akhirnya terkantoi dengan Mudir di Pondok tersebut ....
Gambar 1.3

Namum hal ini tidaklah timbuh kontroversi sebab filem ini ada mesejnya dan scene ini juga memberitahu masa lalu di Aeril Zafrel tu ,yelah zaman muda-muda dia dalam filem nikan budak nakal dan leaps tu masuk pondok dan lepas tu insaf , haa macam tulah ceritanya tapi yang penting plot nya tetap lagi masih dalam filem slogan Cinta yelah Tujuh Petala Cinta .

Kitab Cinta (2011)


Drama 13 Episod ini adalah berdasarkan Novel Kitab Cinta Zulaikha & Yusuf hasil inspirasi itu terhasilnya filem ini .Walaubagaimanapun saya tidak tonton lagilah filem ini sebabnya tidak sempat pulak , apapun belum lagi terhasil kemuskilan disini . Bagi sapa dah tonton bagilah komen ye ...

Tapi drama ini juga temanya CINTA yelah Kitab Cinta kan ,Cinta pada Manusia tak tahulah kalau Si Mustika tu cakap kat Wali 
"Saya Cintakan Awak Kerana ALLAH"
Tahajjud Cinta ( 2011)


Haa , ini punya drama pun pernah cetuskan kontroversi satu tika dahulu dimana seluruh rakyat malaysia bantah akan filem ini hatta student malaysia yang belajar kat jordan pun bantah malah siap ada page lagi kat facebook 


Apa yang kontroversi adalah dimana satu babak Sahabat Shah Jazle (apa kenama ntah) menyentuh tangan Seri (Fauziah Gaous) dan menyelah Niqabnya untuk melihat wajah Seri ,lantas Seri marah dan terus pergi dari situ , pengembaraan itu berlaku di Jordan pada ketika itu mereka pergi holiday berempat , Fauziah Gous ,Shah Jazle , Fazura dan member diorang lagi sorang tu yang saya lupa namanya .

Filem ini menyentuh hal rumah tangga dan memang banyak kesilapan fatalnya , auratnya ,akidahnya dan lain-lain lagi . Filem ini mengambarkan Ustaz Shauki yang berkahwin empat namum selalu tunjukkan yang beliaulah yang hebat dan semuanya betul dalam bab-bab dan hal agama , namum apabila anaknya Solahuddin pulang dari pengajian pondok adakalanya dia mahu menegur tindak laku ayahnya namum apakan daya , tingkahlaku ayahnya semuanya betul . 

Hasil drama arahan Erma Fatima ini adakalanya betul juga dan memang sedang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ni sebab dah semua terasa mulalah mencari kesalahan dalam filem ini yang akan membuatkan ada yang membantahnya dan belum lagi drama ni ditayangkan dah kena maki , hahahahaha tonton dahulu dramanya namum tiada pun pengarah selit aksi yang melampau macam dalam scene drama Sahara tu bajet jatuh oh im sorry .(pengarah suruh) macma tu juga drama Tahajjud Cinta mulanya memang ramai yang membantah namum diakhirnya sepi tapi drama ini bukan mcm drama Sahara kerana drama tahujjud cinta berkisar benar tentang dunia realiti yang ada sekarang ini.Maka takde pun aku tgok scene menjerit "sahara i love u" dlam drama tahajjud cinta , perlu ke Remy Ishak nak menjerit kat Fauziah Gaous " Seri Saya Cintakan Awak" hahaha tak pun , cuma perakuan dan babak Ustaz Shauki sahaja yang buat orang menyampah dalam drama ini tapi ini memang benar belaku di luar sana . kan kan kan kan kan ! 

Gmabar 1.4
Scene ini juga kontroversi dimana Erma Fatimah adalah isteri Pertama Eman Manan (Ust Shauki) ,isteri yang taat pada suami.(dalam drama nilah)


Ibarat kata lain , Ust Shauki gunakan Agama untuk Diri Sendiri .
Drama ini tentang perjuangan Si Citra untuk menegakkan Wanita yang takut untuk bersuara demi Hak Wanita. Hal pelakon tu biasalah Matlamat Tidak Menghalalkan Cara . Sekian .

Salam Cinta (2012)

Salam Cinta tidak menimbulkan kontroversi namum jalan ceritanya mudah pabila Amirul (lakonan Kamal Adli) yang telah banyak melakukan dosa dan mahu pulang ke pangkal jalan dan ingin Insaf , namum ia berlaku bila Amirul mendapat watak Ustaz dalam sebuah filem untuk dilakonkan dan dari situlah Amirul ni berjumpa dengan Diana Amir . 

Mesej dalam filem ini adalah jika mahu berubah usah kerana manusia tapi kerana ALLAH . Itu sahaja. sekian.

Scene akhir lepas Amirul dapat Isteri Yang Solehah! hahaha

Gambar 1.6
Gaya PA Amirul lakonan Syuk Balas , tapi sayang rambut dia berkaler yolah PA Retiskan rambut mesti kaller (tu pun nak isu haisshhhhh).

Nur Kasih (2009)

Bermula dengan Drama Nur Kasih kemudian terus kepada Nur Kasih The Movie ternyata apa salah dalam filem ini pun tidak timbul kontroversi baik bukan muhrim hanya lakonan tidur bersama pun takpe sebab jalan cerita dia best , jangan kata korang aku tengok pun best , tak putus dari ep 1 sampai habis sampai masuk panggung aku cuma donload kat youtube jelah sebab aku malas nak pi panggung wayang ni ,semua ni duit,duit .. muhahahahaha


    Filem ini Nur Kasih ini popular mungkin sebab Remy Ishak dengan Tiz Zaqyah ataupun sebab jalan cerita yang dibikin oleh Kabir Baktiar berkesan pada 19 juta penonton yang menonton drama ini . Masa drama ,ia menunjukkan keserlahan Nur yang lulusan Ijazah Sarjana Muda Arkitek dari University Islam Antarabangsa (UIA) manakalah Adam pula lulusan sama seperti Nur tapi dekat Sydney lah Australia sana tu. Dan Aidil pula lulusan Syariah di Al Azhar , Mesir .

Dalam filem ini pegang ke apa ke ia perkara biasa , sebab member aku yang belajar kat USIM habaq mai kat aku filem ni best ooo , sedih habaq hang ! , huh masuk panggung jugak rupanya , berapa kotak tisu korang habis dalam panggung haa ?

Gambar 1.7
Adam jatuh sakit tiba-tiba dan Nur datang menyapa suaminya , 
"abang.. abang ..." haa lebih kurang macam tulah cuma korang kena emosi sikit bila baca tulis skrip aku ni.


Antara skrip yang paling femes dalam drama nur kasih adalah ayat Syafie Naswip yaitu 
Nama Lu je ustaz tapi peragai lu macam anjing"
kena bahan lah sapa bajet ustaz dalam facebook tu kan ! siap ada page lagi
Nama Lu je Ustaz,Tapi Perangai Lu Macam Anj***

Well treadmark masa tu an , semua tulisan skrip nak buat page termasuklah ayat skrip dalam hantu kak limah penuh beb , muehehehehe .


Dan bila banyak sangat genre islamik cinta yang ada di malaysia ini , maka sebab itulah kot pengarah drama Sahara diterbitkan dalam Astro Prima walhal di Astro Oasis drama islamiknya semua berkisar teladan dan kurang cintanya , kan bagus tu , tidak kurang dengan TV Al Hijrah yang muncul dengan drama "Warkah Cinta" Lakonan Imam Muda Nazrul dan Heliza Helmi .


Drama ini sangat tragis sebab warkah , kalau tidak kerana warkah tidaklah si Amir tu kena rotan dengan Ustaz beliau gara-gara Zaki tak puas hati , ha ha ha !Namum drama ini tiada berlaku persentuhan bukan muhrim hatta semasa Balqis tercedera semasa Relhah di pantai , Amir memakai sarung tangan untuk membetulkan urat ditangan Balqis , tebal sarung tangan yang Amir pakai tu.

Gambar 1.8 
Amir sewaktu hendak membetulakan urat tangan Balqis yang tercedera.
(haaa jangan nak buat spekualisi yang bukan-bukan!)

Kesimpulannya disini .
Saya cuma nak mengambarkan Industri Drama/Filem berunsur islamik disini yang dimana ada pengarah tahu tentang hal -hal agama namum MATLAMAT PENGARAH TERSEBUT TIDAK MENGHALALKAN CARA .

Kini, ramai yang suka buat filem unsur islamik namum tidak pelajari dengan mendalam dalam membuat filem/drama tersebut dan pakai hentam sahaja dan ternyata Ustaz Zaharuddin pun komen juga dalam pembikinan Drama Sahara .

Klik Pada Gambar Untuk Besarkan
Inilah , kerana mahukan duit dalam berdrama tapi caranya pula tidak kena last-last kena kritik sekaw-kawnya . Tambah yang kritik tu pulak ada yang tak berhemah nak mengkritik dan menambahkan dosa cubalah kritik secara berhemah barulah pengarah tu nak terima dengan berhujah bukan dengan cercaan dan makian cakap pun tak guna jadi 

Klik Pada Gambar Untuk Besarkan

buatlah seperti Saudara Aiman Azlan , membuat aduan dan memberikan kata kesan yang berhemah, berhemahlah dengan sopan meskipun mereka melakukan kesalahan bukan dengan cacian yang sia-sia .

*Setuju dengan Ustaz Zaharuddin.Net.
Penafian : Fakta dalam blog ini adalah tulisan semata-mata jika anda terasa sila minum air masak sambil membaca Bismillah banyak kali buatlah dlam 1000x Insya ALLAH , fikiran anda mungkin positive selepas itu, jikapun tidak setuju dengan tulisan nota ini usahlah mengkritik dengan berkata "penulis blog ini menulis dengan penuh emosi" hatta tulislah secara berhemah biar penulis ini terasa akan kepedasan dlam menulis blog kenara ini hanyalah pandangan penulis dan dari kacamata penulis. Penulis juga belajar dalam bidang Sains Multimedia & Brocasting (yang takde duit untuk habiskan sepenuhnya lagi) oleh yang demikian ilmu penulis cuba dikongsi bersama  yang buruk itu dari penulis dan yang baik itu dari ALLAH swt.

Wallahualam
Wasalam .

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu