Tuesday, February 5, 2013

Ini Adalah Pengorbanan

        Last day semasa tamatnya Himpunan Helwa Kebangsaan Di Dewan Jubli Perak SUK Shah Alam baru-baru ini aku mendapat satu tamparan hebat di dalam hati , jiwa dan raga aku dimana aku tertanya-tanya dimanakah kedudukan dan diri aku yang sebenar atau aku masih berada di atas bayang-bayang ketakutan sendiri tapi malam sebelum hari HHK berlangsung aku siap untuk sediakan tayangan multimedia bagi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, sedayanya aku habiskan editing bagi aku pulang dengan cepat ke rumah exco untuk rehat seketika di sana . Tapi ruangan legar fikiran aku masih dimimpikan dengan sesuatu yang sangat buruk .

"ainaa .. ainaa .. ainaa , aina balik dengan van ya tak payah naik motor lagipun hujan ni "
"tapi saya tak boleh tinggal moto saya kak "
"iyer akak tahu tapi akak ajk pengangkutan , kita naik van ye?"
"tapi saya tak boleh tinggalkan motor saya kak"
"iye dik , tapi akak ajk pengangkutan kalau jadi apa-apa kat kamu macam mana?"

   Atiqah berusaha memujuk aku supaya aku menaiki van untuk pulang ke rumah exco tersebut aku tapi itu motor aku , aku tidak boleh tinggalkan motor aku , sedayanya Atiqah memujuk sehingga aku mengangguk untuk pulang dengan menaiki van bersama naqibah yang lain. Meskipun rabun malam aku tidak pernah rasa putus asa untuk menaiki motor untuk ke rumah exco , tapi aku harus memahami amanah yang diberikan oleh ajk tersebut , pengorbanannya sangat besar kerana ia perlu jaga anak buahnya agar selamat sampai hendaknya.

   Aku fikir yang aku masih mimpi dan aku akan kembali ke masa lalu aku dan kalau boleh aku tidak mahu kenal pada orang-orang yang telah aku kenal bayangan fikiran aku masih tertumpu pada arah langit yang kelam tiada bintang malam itu kerana hujan di Shah Alam masih renyai dan aku tidak pasti samada mata aku masih boleh lihat atau tidak .... 

"ainaa ... ainaa ..."

بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Bismillāhi tawakkaltu ‘ala Allāh wa lā ḥaula wa lā quwwata illā billāhi ‘l-’aliyyi ‘l-’aẓhīm

"kita bertawakal semoga ALLAH bersamanya ..."

    Sampai di rumah exco barulah aku nampak sedikit cahaya terang disitu , namum fikiran aku masih melayang entah kemana , kenapalah fikiran ini tidak boleh henti seketika dan kalaulah fikiran ini boleh tumpu pada satu perkara sahaja pasti aku tidak akan fikir perkara yang lain . Ini bukan soal motor yang aku tinggal di SUK Shah Alam , tapi aku masih takut dengan bayang-bayang sendiri .

    Aku mula lelapkan mata namum tidak sampai 30 minit aku lelapkan mata ah ,dada aku sakit nafas aku laju ternyata aku batuk tidak henti , badan aku kurang selesa , Sakinah pula sangka aku terkena gangguan , mungkin Sakinah risau akan aku tapi aku cuba tidak membuat apa-apa perkara tidak berkenaan kerana mata aku kelam sehingga Atiqah yang tidur di ruang tamu pun tidak aku sedar sehingga hampir tepijak kakinya. Sakinah usaha pujuk untuk tidur disebelahnya tapi aku menyilap masuk ke bilik kerana tidak selesa di luar , sekali lagi aku batuk sehingga Siti memaksa aku tidur di atas katil  tapi aku tidak mahu . Lantai juga tempat aku tidur dan berasa selesa di atas mahmar yang sejuk itu.

   Keesokkanya aku mendukung Muhammad , anak kepada Akma yang baru sahaja di lahirkan untuk dimasukkan kedalam kereta menuju ke Dewan Jubli Perak , Ah pening tiba-tiba menjengkal di kepala , aku abaikan sahaja namum ia tidak menganggu pergerakkan aku untuk mendukung Muhammad secara perlahan meletakkanya di dalam kereta bersama ibunya . Sampai di SUK , aku sekali lagi mendukung Muhammad dan membawa keluar dari kereta dan menyurung Naqibah yang bersama dengan aku menjaga Muhammad sebentar kerana Uminya mahu meletakkan kenderaan di bahagian parkir kereta. Aku tiba di motor aku , ia kabur dan tidak jelas , mana perginya kunci motor ini , aishh mata ni sehingga selesai aku letakkan barang di dalam box motor aku kembali ke dewan SUK untuk persediaan .

     Ya , aku memang pening kepala , aku tiada selera untuk makan , hanya makan tengah hari sahaja , selera aku hilang , aku mahu jauh dari semua orang , aku lakukan kerja aku seperti biasa , aku menolong En Nasir untuk menjadi jurukamera tambahan , sehingga skrin besar tiba-tiba off aku pulang ke sistem audio dan melihat apa masalah yang sedang melanda , aku berpatah balik dan terus memberitahu ada masalah kabel di bahagian skrin sana ... sehingga jam 10 aku cuba mencari teknikal belakang pentas dan membawa serta walkie talkie , mungkin kerana salah sepatutnya aku hanya kirimkan pesanan sahaja kerana ingin cepat aku tersilap bergurau dengan Maria kerana walkie talkie itu sepatutnya di pegang oleh Ariffin , tapi skrin masalah aku terasa dimarah pula tapi tidak mengapalah abaikan sahajalah aku berpatah ke dewan dan menyerah pulang walkie talkie itu menunggu di luar dewan untuk mencari teknikal supaya off mencuba dan test skrin itu semula pada waktu rehat tengah hari .

    Aku rehat di bahagian pendaftan sehingga aku tertidur disitu , aku sedar dan terus masuk ke dewan untuk menjalankan kerja seperti biasa . 


5 Petang 
     Majlis sudah tamat aku menjadi jurugambar seperti baisa , aku juga mahu seronok juga mahu gembira , tiba-tiba mata aku pedih dengan percikan flash dari salah seorang jurukamera yang ada di hadapan itu , aku turun dari pentas dan kemas barang , air mata aku mengalir sedikit , tidaklah rasa aku menangis , aku memandang Nisa yang mahu pulang ke kampung halamannya di Terengganu , aku sempat salam dengan Kakak Senior dari KEPITAR itu dengan memeluknya tanda mengucapkan selamat tinggal , tidak hairanlah ucap kata nya 

"Jagalah Diri"

       Hanya senyuman yang aku sempat balas .... Mata aku berpinar sebentar aku mengemas dewan bersama naqib dan naqibah yang lain , aku mengelilingi dewan dengan mencari sampah takut-takut ada yang terselit dimana-mana dan di celah kerusi , aku membersihkannya sehingga aku rasa puas , dewan itu sudah bersih.Bukan kerana aku mahu menunjuk tapi kerana aku sukakan kebersihan hatta di pejabat aku sendiri pun aku mahu kelihatan ia kemas dan tidak semak atau bersepah . Sampai di pintu masuk ke belakang dewan aku kemas di bahagian tong sampah yang penuh itu , hadir beberapa rakan yang mahu pulang , ada dua sahabat dari UIA Kampus Kuantan yang agak akrab bersama mereka berdua tiap kali program menjelma mungkin kerana aku terlalu letih dan tangan aku kotor dengan kutipan sampah mereka hanya memeluk aku sahaja untuk tanda beredar dari dewan itu .

Aku Mahu Pulang 
  Aku turun ke lobi bawah dan ingin terus ke motor , berulang kali aku ke motor dan aku tidak mampu dan tidak terdaya , Kelam ... gelap .. dan kepala aku terhentak di lantak , mungkin aku sedang lelap untuk rehatkan sebentar diri aku . 

   Aku terjatuh hanya yang aku tahu pinggang aku tidak mampu bergerak dan aku pasti akan susahkan orang lain dan menyusahkan rakan disekeliling aku , dan yang aku pasti aku cuma menarik kuat jubah Wan yang mengangkat aku untuk dimasukkan kedalam kereta . Aku seolah-olah tidak mahu lepaskan gemgaman jubah Wan kerana pinggangku terlalu sakit dan perit teramat , seolah aku telah dibidas dengan sebilah parang di bahagian belakang , mata aku samar-samar hanya mendengar kekalutan sahabat yang ada , hanya mendengar kekalutan untuk membawa aku ke klinik berhampiran .

Aku Tidak Mampu Untuk Bergerak 

   Ya , Kak Faiz yang menyuap aku makan pada malam itu , malam dimana aku lelah secara tiba-tiba , malam dimana sahabat lain menjaga aku dan ............

"Jagalah diri , Ingat Tubuh Badan Ini Amanah Dari ALLAH , Kita Harus Menjaganya"
Mardiah , UKM

Sehingga hari ini jika hendak di ulang ayat itu , ia masih segar diingatan aku , bukan kerana tidak menjaga tubuh badan ini dan ia terlalu lama aku menyeksanya untuk lupakan kisah silam aku . Kisah aku pengsan berulang kali mengigatkan aku pada senior maktab yang sering pengsan tidak kira dimana dia berada namum dia punyai kawan untuk membantu , senjak sekolah , aku tidak sukan akan bantuan dari kalangan sahabat ada di antaranya mungkin juga pernah berkata aku menyusahkan sekeliling dan mahukan perhatian ramai , aku elakkan diri dari semua perkara , aku tidak rela diperaktakan sedemikian rupa sebab itulah aku rela sendiri dan adakalanya ada di antara sahabat aku yang terpaksa dengar celoteh aku sakit , mungkin selepas ini tidak lagi 

Ini adalah pengorbanan yang mereka berikan pada aku , tidak terbalas lagi ,lebih-lebih lagi pergorbanan kedua orang tua aku .Fikiran aku mampu untuk lupakan mereka yang pernah aku sayang tapi sayang aku tidak pernah henti sehingga aku sakit dan membawa mati aku takut kalau-kalau aku pergi aku tidak sempat untuk membalas jasa pada mereka yang pernah tolong aku dan berjasa dengan aku kerana ini adalah pengorbanan mereka terhadap aku .

"ainaa
Jagalah Diri"

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu