Tuesday, May 12, 2015

Savior Of The Broken Part II

Kisah Konflik Kekeluargaan dan Penyelamat Keadaan.


Selepas sambungan part pertama , dimana si gadis cina itu telah bertemu kebahagian yang di cari , peneyelamat segala keadaan . Islam lah agama di hatinya , namum perlu kita tahu , apabila sesorang islam itu tidak jumpa kebahagiaan dan penyelamat kehidupannya .


Kisah ini tentang satu keluarga yang dimana , si ibu tidak bersetuju dengan sikap anaknya itu. Plot teater kedua ini sebenarnya penulis tidak beberapa faham, Apa kehendak ibunya sebab dialog yang dipamerkan terlalu perlahan suara lakonannya ditambah pula dengan suara jeritan audien pabila muncul pelakon-pelakon yang mereka kenal dari kelas dan fakulti masing-masing.


Saya mengambil ringkasan terhadap institusi kekeluargan yang dilakonkan ini , almaklumlah jika saya semak semula , dialog yang dimainkan oleh ibunya jika menghadapi masalah asyik dengan perkataan " You Sould Be Die " apabila bertengkar perkataan itu selalu keluar dari mulut sang ibu pada anak gadisnya itu.


Saya meniliti watak adik bongsu di dalam keluarga ini . Dia seakan-akan menjadi mangsa tengah diantara, ayah , ibu , dan kakak-kakaknya . Dari awal perwatakkannya , adakala dia bahagia adakala dia tersepit dengan masalah orang lain. Dia juga mahu mencapai kebahagian keluarga yang sempurna, namum bergitu keseluruhan keluarganya punyai masalah , dari pergaduhan kecil ibu dan kakaknya hinggalah ibu dan ayahnya .

Apa yang menarik perhatian saya adalah dimana , keputusan kakaknya ingin berkahwin namum perkahwinan itu tidak diketahui oleh ibu dan ayahnya.


Ini Mrs Ell ( stalker dari Instagram Hendaknya ) . Dia berkahwin dengan seorang doktor. Dia cuba mahu kembali kepada keluarganya dan memberitahu bahwa dia sudah berkahwin dan akan punyai seorang anak . 


Ini Suaminya Dr Umar Hashim ( Stalker Instagram Juga ) , saat isterinya bertanya adakah keluargnya akan menerima semula semua ini, Dr Umar bersikap postive mungkin ibu mertuanya akan menerima semua ini dengan keadaan yang baik dan sempurna hendaknya.

Saya meneliti babak ini , dari saat ibu bapa Ell bergaduh hingga dia berkahwin dengan Dr Umar. Apakah dia telah berjumpa kebahagian itu dan dapat menyelamatkan keluarganya . Apakah penyelesaian Dr Umar tentang masalah isterinya akan selesai ?

Mari kita lihat watak asal ibunya yang agak ego , dan bersikap kongkongan kepada anak-anaknya . Saat tidak bersetuju dengan tindakkan Ell , saya mendapati ibu mahu sahaja kata yang dia benar. Macam nak naik pentas dan cakap

"kehidupan tidak boleh dikongkong dengan tindakan seorang ibu yang memaksa-maksa anak-anaknya . Jika tidak setuju sekalipun usahlah berdoa dengan asyik berkata " you Should Be Die , doa ibu adalah doa yang dimakbulkan tuhan! "

Kalau lah dapatkan , hahaha macam saya pula anaknya . hahahahahaha

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Sesuailah dengan hadis di atas dengan sikap ibunya , kemusnahan yang dimiliki keluarga ini musnah dengan hanya sikap ibunya sahaja. Hati ibunya keras sangat untuk menerima keadaan ini hingga memaksa keadaan berubah dari Ell hingga , ayah dan adik-beradiknya.


Selepas Ell menemui kebahagian dikecapi ini , Dr Umar ingin menyelesaikan masalah isterinya.Saat sang isteri sedang sarat mengandung, harapan tinggi pada suami inginkan anak lelaki , namum apa yang dapat isterinya bayangkan adalah anak perempuan . Sedangkan ia tidak langsung terfikir didalam fikirannya. 


 Dialog ini saya ambil dari     Instagram @klm_drama.


Ell        : mungkinkah ia seorang bayi perempuna
Umar    : mungkin ?
Ell        : tidak mengapalah ...
Umar : (berfikir) tidak pula saya akan menjangkakan sedemikian.
Ell         : Sayang , cepatlah ~
Umar : (berfikir) oh tidak pula saya akan menjangkakan sedemikian.

Akhirnya Dr Umar menemui ibu mertuanya , namum takdir menentukan segalanya. Ell mati dalam kemalangan ketika mengejar ibunya di jalan raya . Meskipun Dr Umar berasa risau akan isterinya, tuhan lebih sayangkan isteri dan anaknya . Pergaduhan ini bermula apabila kisah lama terungkit semula. Hingga kini saya masih ingat akan dialog Ibunya

You Sould Be Die [Anda Perlu Mati]


Kisahnya memang betul Ell tu mati eksiden . Aduhai!!! Sengsara suaminya menjadi duda muda !
hahahahaha .


    Pengkahiran babak dua ini adalah , kedua menantu-nya bertemu ayah Ell  dan menceritakan segalanya. Ayahnya terpaku diam mendgar jawapan Umar. Sekarang Dr Umar dah duda , makanya tidak hairanlah jika MIG atau TV3 akan keluarkan slot akasia yang bertajuk "Sebenarnya Doktor Muda itu Duda" macam pelik tajuknya tapi inilah rangkin filem dan drama kat melaysia naik tinggi!!!
hahahahahahaha


Konklusi !

Teater ini amat menarik meskipun ada part dan dialog yang kurang jelas , namum penyampaiannya sangat bermakna. Pencari kebahagian ini adakalanya perlu sabar .

Meskipun bahagian kedua ini agak ringkas , namum inilah wajah sebenar kehidupan kita, kita bergantung kepada ALLAH sebenarnya bukan manusia semata-mata . Setiap masalah ada penyelesaiaannya. Dan setiap penyelesaiannya pasti akan temui kebahagian yang diingin. Konflik kekeluargaan yang dilakonkan ini adalah impak zaman kini, ibubapa bergaduh , anak menjadi mangsa. Ibu tidak boleh terima nasihat anak atau tidak dapat terima cita-cita anak-anak dan tidak meyokong dengan baik . Meskipun si ayah cuba bersikap positve pada semua perkara namum , tingginya ego ibu memusnahkan segalanya . Tapi jangan kita lupa inilah perancangan ALLAH terhadap hambanya.


Half time ?!

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS Ibrahim: 7)

***Pesanan Penaja : Jika terdapat kesalahan pada ruang artikel , itu cumalah pandangan penulis blog ini sahaja . Mengigati konsep teater tersebut bukan semudah yang disangka apantah lagi mahu menghayatinya. Mengambil masa yang agak lama untuk menulis artikel berkaitan dengan teater . Jika filem mampu lagi menulis artikel dengan lengkap dan penuh . Hal ini kerana penyakit pelupa penulis telah melanda. hahahaha . Jika tidak sependapat dengan penulis tidak mengapa, anda boleh kritik apa yang anda mahu.

Penulis adalah seorang siswazah dalam bidang multimedia aplikasi , menulis skrip ketika belajar adalah hobi. Menilai sesebuah filem atau drama pendek adalah kerana minat yang mendalam. terima kasih atas sokongan.

1 comment:

  1. Ya Allah! This is extremelyyyyyyy good. Syukran, sister. -savior of the broken's crew-

    ReplyDelete

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu