Friday, August 14, 2015

Tips Masuk Universiti ?!

                  Baru-baru ini terlalu berlambakkan tips masuk UIA lah itulah inilah dan pelbagai lagi , tapi hari ini penulis nak kongsi tips masuk IPTS .

1. jangan termakan janji manis dgn agen ipts , kadang-kadang depa muhong hangpa ja.Susah nak jumpa yang jujur atau memang takkan jumpa punyooo
2. kalau dah dasar takde A dalam sains dan math , tetiba dapat jurusan Medik, sah IPTS tu nampak duit hangpa ja !!
3. jangan mimpi laa asrama hangpa macam lim kok wing , atau help university yang ada air cond ! Dapat IPTS yang hampeh , dorm rumah kedai janji agen bilik itu selesa ! Gambar Biar Sempurna ! muahahahaha
4. masa daftar kena siap duit lebih , sbb agen cakap lain dan management habaq lain . nasib laa
5. kalau masuk dorm atau hostel nnti tanya perkhidmatan bas sebab masa hangpa daftar , ada setengah IPTS saja ambil duit lebih hangpa cakap ada bas tapi haramjadah hangpa kena pi kolej dengan pengangkutan awam sendiri.
6. masa orentasi , korang akan jumpa geng-geng bajet senior padahal baru masuk intake sebulan sebelum korang masuk. Masa tu dia akan bajet yang dia dah lama dengan kolej neh! Bajet Hensem no satu , Bajet diva nombor 2 . tinggal kelas sebab nak pergi orentasi adalah peragai setan nak bajet femes !
7. Masa daftar tanya habis-habisan tentang fee tersembunyi dari pihak kolej swasta kalau yang korang interview tu budak fesi , hentam sama dia sampai dia tak boleh jawab , konfem lepas ni geng-geng bajet senior tu akan sumpah seranah korang hahahaha
8. Time daftar , ingat bawa mak korang atau ayah korang yang suka cakap banyak , ada diorang nanti senang nak hentam management kolej kalau kena tipu, masa tu siap-siap dengan peguam .
9. masa masuk hostel, tengok dulu keadaan rumah tu , kalau ada rosak atau tidak lengkap peralatan cakap je , kata agen rumah selesa ! Kalau warden tu mengomel cakap je lagi
"saya tahu tuan juga penat bekerja tapi saya bayar tau duit rumah ni, ni kalau rosak ! nanti masuk dalam fee outstanding saya, senior punya pasal ,junior kena bayar " cakap dengan nada lembut dan baik je.
10. Orentasi kadang-kadang buat seminggu , masa Pegawai Khas Unit PTPTN dan MARA berucap atau menerangkan tentang fee kolej , maka korang kena ambil perhatian lebih. Rakam jika perlu sebab kalau kolej tipu , itu je modal untuk korang lawan kat makhamah! btw upah peguam ya !
11. Kalau jumpa student affair yang suka cakap banyak better tidur , dia punya ayat penting sikit je tapi merepek dia sampai bawa ke asar ! Takpun bila rasa dah pukul lima , suruh member bangun dan azan asar dalam dewan . muahaha
12. Kalau dah nak sangat belajar kat kolej swasta , belajar kenalah rajin jangan main-main, ingat mak bapak korang dapat derma 2.6 billion untuk support hutang ptptn , hutang kolej yang ntah dari mana tu . Jangan asyik nampak dunia sangatlah sementara je semua tu.
13. Jangan bajet ustaz sangat kat kolej swasta takut nnti yang ustaz tu lah pergi clubbing dengan kawan-kawan serumah dia . Al kisah yang ustazah pun sama. Boleh tapi bagi yang baru ni selalu kena buli dengan senior-senior yang dah lagha !
14. Kalau ada abang tembam datang kat korang macam minat je , hati-hati takut dia tu MPP yang nak cari adik-adik baru untuk dijadikan benteng sebagai kekuatan dia dalam berjawatan mpp , itu belum kira yang sado dan hensem tau !
15. Make sure member rumah korang bukan yang peragai macam setan ! Yang bawa masuk jantan sebab nak study adalah alasan . Yang bawa masuk pompuan dalam bilik pun setan jugak ! Ini cakap yang baru first year, bukan sem last tau , melainkan budak graphic ada team yang perempuan tapi selalu akan datang ramai-ramai. Kalau senior korang buat macam tu , doa jelah semoga dia bertaubat jangan caci maki dia balik , kang nanti kena balik kat korang itu adalah hadiah dari setan!!!!
Akhir kata , nak masuk IPTS boleh tak salah tapi yang salah adalah sikap kita , ada IPTS yang bagus ada IPTS yang menipu pelajar . Namum pelbagai kes dapat di dengar tentang keburukkan IPTS , ada yang kena tipu ada yang kena hentam . Namum tidak semua bergitu ada yang berjaya tapi tiada kerja selepas habis belajar kerana itu adalah benda normal dalam kehidupan .
Masuk IPTS kena simpan azam , belajar bersungguh , kalau dapat team yang suka buli korang bagitahu je dekat lecture supaya team akan datang takdelah peragai setan macam tu. Jangan mengampu lecture , peragai setan semua tu , tak berkat belajar ! Nak berjaya usaha sendiri lah . Ada yang berjaya di IPTS tanpa mengampu sebab dia tahu susahnya nak membina kejayaan itu.
Masa mula-mula masuk kelas jangan bodoh sombong , takut nanti takde kawan yang akan teman korang time susah dan senang , sebab masa tu korang akan jumpa sorang je kawan yang boleh harap, dia akan jadi kawan korang sampai korang konvo nanti !

Percayalah Usaha Tangga Kejayaan .
* Mohon tambah kalau ada kurang. Pandangan anda amatlah di hargai , nak hentam tak salah tapi kalau tahan caci maki terima kasih kerana memberikan pahala mu kepada aku.



3 comments:

  1. limkokwing memang asrama dia berprestij ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah nak, katanya mcm berprstij, sbb dulu ada kawan belajar disana

      Delete

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu