Thursday, August 11, 2016

Khasiat Petai & Jering

                Sejujurnya penulis adalah orang yang sangat gemar dengan petai. Akibat terlalu obses dengan petai, penulis sering masak sambal udang atau ketam atau bilis petai dengan kadar yang banyak. Ha ha ha best dan sedap. Ada yang tak suka petai ni sebenarnya mungkin kerana baunya yang sangat kuat. Mau taknya , bila makan sendawa pun bau petai dan yang tak tahan , kencing pun bau petai wehh !


Dan kawan petai lagi satu adalah jering, ini pun bau boleh tahan hendaknya. Tapi tahukah anda benda-benda yang berbau ini dapat memberi impak kepada kesihatan kita, contohnya adalah

Jering.
Menurut petua orang-orang tua banyak makan ulam-ulaman dapat mendatangkan kesihatan yang berpanjangan. Antara ulam yang popular adalah jering tetapi beringat dan eloklah kurangkan memakan jering jika sayangkan buah pinggang anda.
Apabila seseorang memakan ulam jering secara mentah dalam jumlah yang banyak, mereka akan mengalami penyakit sukar kencing yang dikenali sebagai ‘ikat kencing’ atau sesetengah tempat dipanggil ‘kapit jering’. Tanda-tanda awal bagi mereka yang menghidap penyakit ini adalah kurang buang air dan air kencing berdarah.
Pakar kesihatan menasihatkan penggemar jering agar tidak memakannya secara berlebihan bagi mengelakkan masalah yang boleh mengaktifkan simptom penyakit  buah pinggang. Doktor juga melarang mereka yang menghidap penyakit buah pinggang daripada memakan buah jering bagi mengelakkan pesakit mengalami risiko lebih kronik dan sukar dirawat.
Jering Rebus
Jering mengandungi sejenis asid iaitu ‘djencolyc’ (diambil daripada perkataan Jawa – jengkol). Asid ini akan mengaktifkan pembentukan ketulan2 kristal di dalam pundi dan saluran kencing sehingga boleh menyekat dan menyukarkan seseorang itu membuang air dan seterusnya boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang.
Sambal Ikan Bilis Jering
Mereka yang menyukai ulaman jering ini dinasihatkan supaya tidak memakan mentah. Buah jering sebaik-sebaiknya direbus terlebih dahulu bagi mengurangkan kadar asid dalam jering tersebut dan meminum banyak air masak supaya melawaskan laluan yang tersumbat.
Walaupun jering mengandungi protein yang tinggi dan enak dimakan tetapi beringat-ingatlah dalam pengambilan jering sebelum memudaratkan buah pinggang yang memerlukan kos perubatan tinggi.

Petai
Keistimewaan petai ialah ia mengandungi tiga gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Digabungkan dengan serat, petai memberikan, meningkatkan kadar segera dan berterusan tenaga.

Mungkin banyak yang tidak percaya, jika dibandingkan dengan apel, petai menyediakan protein 4 kali lebih banyak, karbohidrat dua kali lebih banyak, tiga kali ganda fosfor, lima kali lebih Vitamin A dan zat besi, dan dua kali ganda jumlah vitamin dan mineral lainnya.

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protin dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71%  air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1 dan C.

Kajian yang dibuat di makmal secara saintifik mendapati, petai mengandungi 0.8183 %  lemak, 5.2% protin, 2.06% karbohiderat, 36,647 kalori, 4.18335 vitamin C, 25.38%  air, 0.95% abu, 22.30 serat kasar, 0.916 gula, 1.35 ppm kalsium, 842.45 ppm kalium, 7.8 ppm magnesium dan lain-lain jenis asid lagi.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang.

Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang serta untuk mengeluarkan cacing. 

Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh.

Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal
Di antara kebaikan atau rawatan hasil memakan petai ialah:

Kemurungan 
Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil.

PMS (sindrom pra-haid) 
Vitamin B6 petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom premenstrual.

Anemia 

Zat besi yang tinggi di dalam biji petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia atau pesakit kekurangan darah.

Tekanan darah tinggi 
Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendah garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok.
US Food and Drug Administration telah hanya menyenarikan petai sebagai buah yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok. 

Kuasa  minda 

Khasiat petai lain ialah kemampuannya di dalam meningkatkan kekuatan tenaga minda. Ini  berdasarkan laporan di USA yang dijalankan di mana petai diberikan kepada pelajar semasa sarapan sebelum peperiksaan.    

Kajian terhadap 200 pelajar sebuah sekolah di Twickenham telah membuktikan pelajar yang terlibat memakan petai dapat meningkatkan kuasa otak mereka dan membantu mereka lebih segar, bertenaga dan memberi tumpuan dalam pembelajaran.  

Sembelit 

Petai juga dapat mengatasi masalah sembelit. Petai mengandungi tinggi serat dan boleh membantu penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar tanpa menggunakan julat.  Petai boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal.

Keletihan 
Cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat jus petai dicampur dengan dengan madu. 

Pedih ulu hati  

Petai mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan petai untuk mengurangkan kesan kesakitan. 

Gigitan nyamuk  

Satu amalan yang biasanya dilakukan orang kampung ialah menggunakan kulit petai untuk mengurangkan kesan gatal gigitan serangga dan nyamuk.  Kulit petai digosok pada bahagian yang kena gigit.  Insyaalah, rasa gatal, sakit, bengkak, kerengsaan atau lebam akan beransur kurang. 

Saraf  
Petai yang tinggi vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf.

Berat badan yang berlebihan

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan berlebihan. Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi.  Dengan cara itu dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Ulser 
Petai mampu meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut. Jadi, ia dapat membantu mengatasi penyakit ulser.

Kawalan suhu

Petai dianggap "penyejuk"  dan boleh menurunkan suhu fizikal dan emosi, termasuk kepada ibu-ibu mengandung. Di Belanda, sebagai contoh, wanita hamil makan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.

Merokok 

Petai juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok.   Petai yang kaya dengan kandungan vitamin B6, B12, serta kalium dan magnesium dapat membantu badan pulih daripada kesan-kesan nikotin terhadap tubuh.
Kalium (potasium) dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keinginan untuk merokok. Merokok adalah membahayakan kesihatan.  Biar mulut berbau petai daripada berbau rokok.

Tekanan perasaan (stres) 
Potassium atau kalium merupakan bahan mineral untuk kesihatan vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam badan anda. Apabila kita tertekan, kadar metabolisme kita meningkat, sekali gus mengurangkan kadar potassium. Ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek petai yang tinggi potassium.
Mengatai masalah cacing dalam badan
Petai juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus di mana ia akan keluar bersama najis.

Merawat deman kuning.
Bahagian daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai di mana kemudian airnya diminum dan ulang beberapa kali.

Strok 
Menurut kajian dalam "The New England Journal of Medicine" makan petai sebagai sebahagian daripada diet yang teratur dapat mengurangkan risiko kematian oleh strok sebanyak 40% ".

Ketuat 

Mereka yang ada ketuat pada badan, boleh mencuba untuk menghilangkannya dengan meletakkan biji petai pada bahagian yang berkenaan.  Gunakan plaster atau kain untuk melekatkan biji petai di bahagian ketuat itu.

Mengurang kemabukan
Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ke tahap seimbang.

Petua hilangkan bau petai di mulut
- Makan beras mentah dalam 10 biji.
- Kunyah terung mentah.
- Kunyah timun.
- Berus gigi selepas menggunakan dental floss.
- Kunyah chewing gum
- Campur masakan petai dengan terung.  

Petua hilangkan bau petai di tandas
Untuk mengelak tandas berbau busuk petai, potong terung dan diletakkan di dalam tandas.  Terung akan serap bau petai.

Tuntasnya, petai menawarkan pelbagai khasiat. Maka, wajar kita mengamalkan pengambilan petai dalam makanan untuk mendapatkan khasiat dan kebaikannya.

Bergitu banyak khasiat kedua-dua ulam ini. Maka-nya usah fikir tentang baunya yang agak busuk itu tapi khasiatnya berlipat ganda beb. Rugi pada korang yang tolak benda-benda ini. Hahaha

Untuk memudahkan bicara ini, akan saya kongsikan satu menu istimewa kegemaran saya bila balik kampung, umi selalu masak petai ni



Selamat Mencuba 

----------------------------------------------------------------------------------------------
Rujukkan
-https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/07/17/jering-memudaratkan-buah-pinggang/#more-469
-http://bicaramentari.blogspot.my/2014/08/khasiat-petai-ubat-penyakit-kaya-tenaga.html


No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu