Friday, August 5, 2016

Parodi Tahap Kurang Sopan

          Baru-baru ini Astro melalui rancangan "Parodi Meletop" telah mengeluarkan satu vc yang dikaitkan dengan lagu Yuna dan Usher melalui lagu "crush" . Melalui video clip yang diparodikan oleh Jihan  Raja Lawak Astro bersama sahabatnya iaitu Syuk Balas yang memegang watak sebagai klon Usher.

Apa yang di ungkap oleh Yuna , adalah dalam bahasa kasarnya " Stupid Parody " , mana tidaknya, lakonan Syuk Balas ibarat menghina sahabatnya Usher yang berkulit hitam. Katanya satu ketika , jika orang berkulit putih mahu meniru gaya orang berkulit hitam, maka mereka akan mengelapkan kulit mereka, dan ia dianggap penghinaan terhadap orang berkulit hitam.

Satu ketika dahulu, orang berkulit hitam tidak diterima di negara amerika syarikat , malah baru-baru ini ketika Donald Trump berkempen, ada dikalangan penyokongnya memakai baju yang dikatakan slogan " make american white again " yang telah dimanipulasikan ayat. ayat sebetulnya adalah " make american great again " .

Gambar yang dikatakan " Palsu "
Gambar Sebenar

Inilah situasi pilihan presiden di USA. Mungkin sebab itu Yuna terasa mendalam sekali sebab dia nak jaga hati kawanya Usher itu.

Erti Parodi di malaysia sangatlah tidak makan dalam seperti di luar negara. Jika kita lihat di US juga, artis Parodi tekemuka , Bark Baker . Bart seringkali mengeluarkan video clip parodi dari artis yang boleh di katakan popular seperti Katy Perry , Taylor Swift ,Justin Bieber dan pelbagai artis lain juga.

Bart Baker
Kategori yang boleh diberikan kepada Bart Baker adalah Parodi yang paling kurang sopan !. Bukan sahaja menghina orang, malah mengubah lirik lagu yang asal termasuk rentak musiknya. Namum jaranglah dilihat dalam vc Bart mengenakan orang berkulit putih akan melakonkan watak berkulit hitam. Contohnya lagu Nicki Minaj :  Anaconda, keseluruhan watak penyanyi memang diasalkan dari orang berkulit hitam sebab Nicki Minaj sendiri orang berkulit hitam. Namum jika anda lihat vc asal Anaconda , watak akhir adalah lelaki berkulit hitam, dan dalam parodi Bart pula, adalah dia sendiri yang memegang watak lelaki berkulit hitam tanpa make-up dia macam Syuk Balas ( ha ha ha ha ha ) hanya dengan " super power make-up "  maka tidak nampaklah yang Bart sedang menghina orang berkulit hitam . Selain Bart , ramai lagi di US yang suka buat parodi tahap biadap ini, Maka lagu Yuna dan Usher masih lagi belum tersenarai dalam list vc parodi mereka.

Benar Yuna berbicara soal maruah, Namum soal itu susah untuk dibicarakan , ha ha ha. Astro sebagai salah sebuah stesen penyiaran hanya cuma menyampaikan satu slot lawak hambar kepada audien. Mungkin gaya Syuk Balas tidak kena di mata Yuna termasuk gaya Jihan Muse sekali.

Jika di Malaysia , saya lebih gemar lawak parodi yang dihasilkan oleh JinnyBoy , meskipun dia buat parodi yang biasa-biasa , tapi ada lawak yang disampaikannya dan paling penting siap panggil penyanyi asal lagi . Barulah rasa macam si penyanyi asal tersebut boleh parodi diorang .

Jika di negara india , parodi lagu filem Diwale masa itu sedang femes. Shudh Desi Gaane
diantara parodi di india yang telah mengubah lirik lagu " Gerua " menjadi bahan parodi malah memerli videoclip  asal lagu " Gerua " , siap boleh bergandingan dengan Shah Rukh Khan lagi.


Akhir kalam, sebagai artis , di malaysia ini, parodi kita tidak lagi sampai ke tahap luar negara yang sampai boleh tukar lirik perli artis , tukar lirik kepada yang tidak sepatutnya. Yuna masih bernasib baik sebab lirik lagu " Crush" tidak di ubah menjadi lain.

Walaupun tiada point yang nak di sampaikan oleh penulis, namun cuma nak beritahu kepada mereka yang belum kenal lagi tentang Parodi tahap kurang sopan. Kurang sopan bahasa yang tidaklah kasar sangat bunyinya tapi jika yang lain bunyi melainkan guna bahasa Biadap. 

Yuna berkata lagi, disebabkan videoclip parodi itu, kariernya di sana bakal atau akan berakhir gara-gara Syuk dikatakan telah menghina Usher. Hendak dikatakan kepada diri kita termasuk penulis ini

Rezeki ALLAH itu luas, buminya sangat luas, andai dikatanya karier bakal berakhir di US, mungkin ada tempat lain yang lebih sesuai untuknya, dan mungkin Usher juga tidak akan rasa berkecil hati dengan tindakkan Syuk, kerana dia mungkin akan memahami maksud parodi.

"Firman Allah SWT: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).” (Surah al-Jumu’ah, ayat 10)"

Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki pada hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada keesokkan hari. Maka kita lebih bahagia dan gembira kerana memperolehi rezeki yang tidak dijangka.

Rezeki Allah itu luas…

Bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa dan bertawakal. Hanya Dia Allah yang maha adil lagi maha memberi. 

Half time.
Maaf boleh kritik dengan pandangan kalian.
Berharap jika ada kritikan yang menghina , moga pahala juga boleh diberi secara percuma.

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu