Friday, January 20, 2017

Perihal Tentang Cinta

Khusus Untuk Mereka

Kisah mengenai cinta ini sangat sensetif
Malah dalam islam cinta itu amatlah indah jika cinta kita berpaut pada ilahi 
Aku punyai kisah cinta juga tapi tidak dihebohkan, bak kata orang 
"Malangnya lelaki itu bercinta dengan aku "

Tapi soal menegur ini juga sangat sensetif, dari zaman sekolah , jika ditegur soal cinta monyet , cinta islamik , cinta dan pelbagai cinta pasti akan dikata " kau harus dibenci kerana cemburu dengan percintaan kami atau siapa yang malang sgt nak bercinta dengan kau "

Malah disoalnya kembali tentang perkara yang sama, kenapa kau memasuki usrah hanya kerana mahu mengenal cinta ? Kerana dari usrahlah aku dapat didikn agama dan cinta dari para daie' yang cintakan tuhannya . Bukan cintakan si daei itu kerana kata-katanya atau rupa parasnya

Ada orang bercinta senyap-senyap sahaja, tidak heboh satu dunia, malah dia tahu takut-takut jodohnya bukan orang yang dicintainya sekarang, malah dia takut juga jodohnya dengan ajal makin dekat dan tiba.  Tuhan telah tetapkan dimana hambanya berada dan bernasib baik atas kelakuannya.


لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Cinta ini boleh diterjemahkan dengan pelbagai bentuk dan cara, malah boleh dikira kau pun pernah jatuh cinta akan syahid yang di idamkan pada setiap umat islam di dunia. Tapi bagaimana kau sampaikan pada tuhan ?
Malah definisi cinta pada orang tua juga boleh dikira sebagai cinta yang sempurna dari kita lahir ke dunia hingga mereka pulang ke pangkuan tuhan yang maha esa. 
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”. Surah Al Isra' / Ayat 24
Inilah yang dikatakan cinta yang perlu dihadamkan oleh setiap manusia, bukan mengenali cinta itu dengan nafsu semata-mata . Tiada siapa akan cemburu dengan cinta yang kau pegang malah jika dijaganya dengan baik , maka tuhan akan panjangkan jodoh itu dengan sempurna, bukan kerana cantiknya seorang wanita atau kacaknya seorang jejaka. Habis madu sepah di buang kerana sikitnya masalah di hadapi ketika percintaan berlangsung.
Adat orang tua, menjodohkan anak-anak mereka dengan pilihan yang kadang-kadang sesuai kadang-kadang tidak kena. Ada anak-anak yang masih dalam proses mengenal pasangan mereka malah ada yang kekal , ada juga yang durjana !! ( Ayat paling kejam )
Ada seorang sahabat saya di jodohkan dalam kalangan ahli usrah mereka, malah tidak kenal pun satu sama lain , ada juga yang idamkan sangat jodoh dikalangan jemaah , maka terlahirkan program Keluarga Mawaddah Wa Rahmah.
Tapi mereka jenis berdiam sahaja, tidak dihebohkan satu kumpulan usrah yang lain, yelah proses pengenalan tidak mungkin akan sampai ke jinjang pelamin . Malah jika istiqarahnya berjaya , itulah jodohnya, jawapan dari tuhan itu semuanya sempurna. Tidak terburu-buru dalam percintaan .Hingga tiba di hari atau menjelang hari yang dinantikan , barulah dikhbarkan pada rakan terdekat dan sedara mara
Itulah proses yang dilaluinya , kerana seorang lelaki bersedia melakukan tanggungjawab yang adil buat isterinya kelak. Memahami, Mengerti, Melindungi dan Menyanyangi Keluarga itulah tanggungjawab sebenarnya seorang lelaki bernama suami. 
Element Cinta Selepas Nikah tidak lagi sesuai sebenarnya , rata-rata dikalangan orang muda yang acah ustaz/ustazah pun pernah berkenalan terlebih dahulu sebelum nikah. Malah berkawan biasa pun ada. Untuk menjadikan mereka bersedia atau tidak masing-masing perlu perbaiki diri dahulu, bukan terus hentak berkata
" Wahai Fulanah , sudikah anda menjadi suri hidup saya selamanya "Si Fulanah terasa gembira lantas lompat-lompat dalam hatinya terus mahu bernikah !
Tapi apakah persediaannya ?
Seorang wanita harus mengetahui tanggungjawab sebenar seorang isteri , adakah perkara asas sahaja dia tahu atau memang dah nak kahwin sebab istilah "andartu" oleh masyarakat melayu ?
Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. 
Sabda Rasulullah SAW: Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT. (Riwayat Ahmad)

Hidup ini bukan macam dalam cerita 7 Hari Mencintaiku atau Isteri Tuan Ihsan, ataupun drama Maid lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat , yelah jatuh cinta dengan bos sendiri satu rumah yang hensem , cer kalau bos dia tak hensem , ada rasa nak kahwin ? atau Main dia tak lawa, gigi jogang ? Drama semua ni
Oleh kerana itulah , Cinta yang paling tinggi dalam kehidupan manusia terutama umat islam adalah cinta kepada Allah SWT sang pencipta segala isi bumi dan semesta dan yang maha memiliki cinta. Umat muslim yang mencintai Allah akan merasa bahwa sebagai hamba Nya kita tidak dapat hidup tanpa adanya kasih sayang dan cinta dari Allah SWT. 
Maka dari itu, mencintai allah SWT adalah mutlak bagi setiap umat muslim. Orang yang mencintai tentunya akan melakukan segala sesuatu untuk yang dicintainya, termasuk jika seorang mukmin mencintai Allah SWT. Ia akan selalu berusaha untuk mengikuti segala perintahnya dan menjauhi larangannya. Sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah SWT dalam surat Al Baqarah ayat 165 berikut
 وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ
Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman mereka sangat mencintai Allah.” (QS al-Baqarah: 165)

Maka, disebalik cinta tersembunyi ini, Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya yang bersabar . Menegur itu tanda sayang bukan teguran yang berasaskan dengki atau niat jahat hendak putuskan cinta seseorang itu, amatlah jauh sekali. Menghalalkan benda yang haram juga tidak boleh sama sekali. Takut-takut tanggungjawab seorang kawan barangkali boleh ditanya kelak kenapa kau tidak menegur rakan kau yang berbuat dosa.
Hanya untuk elakkan fitnah besar dari mulut-mulut manusia yang tidak sepatutnya. Ramai yang menjaga kita sebaiknya untuk mengelakkan fitnah diantara kita.
Dan jika seseorang tidak lagi memiliki rasa cinta pada Allah SWT apalagi ajarannya maka tertutuplah hatinya
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah ali-Imran: 31)
Kerana itulah Luqman Al Hakim sering menasihati anak nya 
“Wahai anakku! Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah SWT bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”
Bitara Terus Bitara !


No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu