Friday, February 15, 2013

Juvana Dan Mesej Pada Masyarakat


Pastinya sudah ramai yang menonton filem arahan Faisal Ishak yang bertajuk JUVANA ini dan pastinya siapa yang menonton drama JUVANA pasti tahu jalan ceritanya dan ada kisah kesinambungannya . 


Jalan Cerita :
      Kisah yang membabitkan remaja yang bermasalahan dan dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak , namum kisah yang berbeza dan berlaku pada Daim yang dituduh membunuh ibu kandungnya sendiri sehingga dibabitkan kesalahan juvana kerana bawah umur . Dan di Sekolah Wira Baktilah Daim yang seorang remaja pendiam bertemu dengan pelajar-pelajar yang memang mempunyai rekod JUVANA .

        Namum , kisah Juvana yang diterbitkan dalam bentuk filem kali ini lain dari yang lain , dan filem inilah yang membawa mesej pada remaja di luar sana dan masyarakat sekeliling kita , bukan hanya sekadar menonton lepas tu yang remaja bawah umur ni biasalah ,copy ayat skrip dan dijadikan pula perbualan harian yer ..tak pun ayat bajet gengster sekolah yang nak perkena budak-budak junior agar takut pada korang-korang yang bajet gengster 

contoh ayat skrip Sharnaaz Basir Ahmad (Lan Todak) :

Nama aku Lan ... budak-budak panggil aku kat sini Lan Toodak "
*gaya dan percakapan mesti nak ala-ala Lan Todak .



Gaya Lan Todak Memperkenalkan dirinya sambil buat gaya koret telinga dan badan yang mempunyai tatu (kira gengster lah tu kalau ada tatu).








Kedatangan Jamal (Syafie Naswip) selepas Lan Todak memperkenalkan diri . Gaya dan percakapan Lan Todak adalah gaya gengster yang memang digeruni (dlm filem ini).




      Tidak mustahil ada yang meniru gaya Lan Todak ini . Yang pasti Filem Syamsul Yusof yang meletop berpuluh juta tu pun ramai anak remaja yang terikut untuk jadi gengster tanpa memikirkan apa mesej yang disampaikan oleh Pengarah Filem tersebut.


         Didalam filem Juvana juga , pengarah ada selitkan satu scene dimana ia memang berlaku di asrama yang ada di Malaysia ini , realitinya lebih dasyat dari yang dijangkakan dalam filem tersebut . 
Antaranya :



 Hadi ( yang kena tutup mulut dengan kain ) dibuli atau ragging (istilah omputeh) ketika sedang tidur oleh Geng Lan Todak akibat bajet taiko semasa sukan siang tadi , malangnya beliau diseksa sehingga duburnya sakit .



Kesimpulannya : 
       Jika Hadi diseksa serupa demikian di Sekolah JUVANA , masih aku ingat akan kisah Pelajar Sekolah Agama di Seremban pada sekitar tahun 2004 yang di belasah sehingga mati (KLIK UNTUK BERITA PELAJAR MATI DI BELASAH) .Kiranya dalam filem ini pengarah tidak akan tunjuk yang 18sx punya scene kiranya Hadi diragging hinga pedih dubur tu dah kira kasar jugak lah .Namum pelajar yang dibelasah sehingga mati tu , ia dibelasah dengan benda tumpul , sini ada ciri-ciri yang diselitkan oleh pengarah untuk masyarakat sedar bahwa kita harus benteras Jenayah BULI di sekolah ini . Bukan takat di Sekolah Juvana di Sekolah Biasa pun ada jugak .


takut menjadi mangsa , mereka hanya mampu melihat sahaja 



Aksi gaduh Botak dan Jamal akibat kerana dendam Lan Todak atas kematian adiknya yang pernah masuk ke sekolah Wira Bakti satu ketika dahulu.




Kesimpulannya :
      Remaja kini banyak terlibat dengan dendam dan masalah ini selalu berkaitan dengan adik beradik atau sahabat yang terdekat , yelah walaupun Lan Todak ada kata yang dia tidak berapa suka akan adiknya ,hatta kalau adik dia mati pun dia tak kisah tapi sikap dendam dia tetap ada untuk cari siapa yang biarkan adiknya mati ketika overdose makan dadah pada malam tersebut, jadi situasi ini benar , ia memang berlaku dan sangat berlaku pada remaja masa kini , tidak hairanlah jika ada yang mahu terang kisah nyata tapi akibat terpengaruh "listen listen listen let me speak " maka tak jadi lah let me speak tu kena makan kaki lah lepas tu (kena belasah) , ini yang membuatkan remaja masa kini suka menyimpan sifat dendam dan aura ingin bergauh membuak dan kawalan emosi tidak terkawal sehingga mencetuskan pergaduhan .




Adam gengster sekolah yang digantung sekolah berulang kali akibat masalah displin pelajar yang berlarutan , akibat terlalu cemburukan hubungan Daim dan Sara . Adam bertindak menceritak dan memburukan Daim dengan kisah lampaunya .




Kesimpulannya : 
     Ada dikalangan masyarakat kita tidak akan menerima banduan dlam kehidupan kerana ada rekod jenayah sama ada ia bersalah atau tidak , sifat pembenci itu wujud dalam diri kita sendiri . Tahap kebencian kita kadang-kala mengundang masyarakat disekeliling kita juga yang turut membenci pada mereka (JUVANA) ini . Seolah tidak memberi peluang kedua untuk mereka hidup dan kembali seperti manusia normal yang lain . Kerana terlalu menghukum sesuatu yang tidak pasti , hukuman itu dilontarkan dengan fitnah yang ditokok tambah jalan ceritanya , bergitu juga dengan Adam , sifat bencinya pada Daim membuatkan Dia bertindak mengedarkan risalah satu sekolah yang membawa fitnah bahwa Daim pernah membunuh ibu kandungnya sendiri walhal Daim hanya dituduh dan tiada bukti sah yang menunjukkan dia tidak bersalah .

Kesimpulan akhir yang dapat dicerita dalam filem JUVANA ini adalah :

    Ia mengaitkan kisar kehidupan pelajar Juvana dan bekas Juvana , pengarah ingin menyampaikan satu mesej bahwasanya ada dikalangan juvana yang benar-benar ingin berubah dan masyarakat harus menerimanya bukan mencaci atau menghina atas kisah silamnya , pengarah juga mungkin mahu menceritakan situasi sebenar dan permasalahan remaja dan sosial yang kian menruncing pada masa kini , bukan berkisar di  Sekolah Juvana sahaja ,lihat sahaja Daim yang bersekolah di luar bercampur dengan pelajar biasa , namum ada juga berperagai macam mahu masuk sekolah Juvana . 

Kisah permasalah remaja ini masih saya ingat ketika saya berada di Forum Di Shah Alam baru-baru ini yang berkisar tentang masalah dan permasalahan remaja , hakikatnya usaha kita masih diperlukan dan dlam bentuk filem macam inilah harus kita selitkan motivasi agar remaja menonton dan menghayati bukan sekadar menonton dan meniru skrip yang diberikan , pengarah cuma mahu ceritakan kehidupan seorang pelajar yang di gelar JUVANA . 

Ingat Best ke Jadi Juvana 
Insaflaaaaa ....


Antara Ayat Motivasi Yang Diselitkan Dalam Filem JUVANA 
creadit : Muhammad Rusydi .

Penafian : Fakta dalam blog ini adalah tulisan semata-mata jika anda terasa sila minum air masak sambil membaca Bismillah banyak kali buatlah dlam 1000x Insya ALLAH , fikiran anda mungkin positive selepas itu, jikapun tidak setuju dengan tulisan nota ini usahlah mengkritik dengan berkata "penulis blog ini menulis dengan penuh emosi" hatta tulislah secara berhemah biar penulis ini terasa akan kepedasan dlam menulis blog kenara ini hanyalah pandangan penulis dan dari kacamata penulis. Penulis juga belajar dalam bidang Sains Multimedia & Brocasting (yang takde duit untuk habiskan sepenuhnya lagi) oleh yang demikian ilmu penulis cuba dikongsi bersama  yang buruk itu dari penulis dan yang baik itu dari ALLAH swt.

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu