Wednesday, March 20, 2013

Cerita Silam Aku Kena Buli

       Buli , satu perbuatan yang menyuruh dan menyeksa orang (mungkin) dengan secara segaja atau balas dendam atau bila rasa diri gengster ada anak buah boleh buli orang yang lemah dalam pada masa yang sama perbuatan itu menjadi tren dulu kini dan selamanya ...

Fakta apalah yang aku create tu laa hai ~~~ 

           Sebenarnya aku juga biasa kena buli malah masa zaman sekolah aku dulu , aku pun tak tahu sama ada aku dibuli atau tidak ... yelah dah ada suruh buat tu buat ni , jadi aku buat jelah tapi tak pula lah nak mengeluh berpanjangan sikit-sikit tu ada lah (kira mengeluh jugak kan?) .

             Aku biasa kena buli dengan junior , senior dan super duper senior aku dulu , ada orang kata aku ni bajet nak tunjuk hebat lah apa lah tapi hakikatnya aku bukan ada ramai kawan pun, kawan pun nak ada takde , mungkin kerana aku suka duduk sorang-sorang sehinggakan diakhir tahun aku berada di sekolah aku lama aku sebelun pindah ke sekolah baru , ada orang kata aku mendidik adik-adik junior supaya jadi macam aku ,eh tolonglah itu perkara lama ia sudah basi malah sudah reput ibarat tulang ikan yang dijemur sehinggakan dipijak menjadi pasir yang halus dan tersangat halus ....

                Mungkin salah aku juga membuatkan orang nak buli aku , masih aku ingat,kerana kelemahan aku ,orang menuduh aku yang bukan-bukan sehingga aku menjadi tiada kawan. Aku selalu duduk dan terfikir kenakalan aku bagi pandangan mereka seperti orang jahat yang membunuh orang dengan menggunakan C4 dan terus meletup sehingga menjadi ketulan debu-debu di awangan.Hakikatnya bila ada sahaja perjumpaan di laman aku menjadi orang biasa dan tidak hairan walaupun sedikit pun , aku tidak bersalah jika mereka nak buli aku pun tidak kisah,kerana biarlah bulilah jika itu yang boleh membuatkan mereka bahagia .

                 Aku pernah sakit perut yang berpanjangan sangat berpanjangan , aku masuk hostel , aku buang air besar kerana tandas sekolah harap je lawa tapi takde air , makanya aku terpaksa masuk hostel sendirian, aku terfikir yang rakan-rakan sekelas aku akan fikir aku akan membuat sesuatu yang pelik dan tidak munasabah , sehingga aku sakit perut dan tidak mampu untuk masuk ke kelas , huh gila punya sakit perut sampai aku makan ubat dan tertidur di surau sekolah . Aku tersedar ia tengahari dan terus masuk ke kelas sayangnya cikgu mendenda aku dan aku berdiri di luar kelas, apakan daya cerita pun tak guna pasti dia tidak percaya punya jadi relakan lah diri aku berdiri diluar , biarlah dia nak marah sekalipun aku tidak boleh berkata apa-apa.

                 Kerana kelemahan aku , aku juga dibuli untuk membasuh pakaian, sehingga ada junior aku marah kerana aku basuh pakaian super duper senior aku , hatta spender dia pun aku basuh , sungguhpun aku kena marah tapi apakan daya aku biarkan , sehingga aku belajar sendiri , makan sendiri dan buat kerja sendiri dan aku rasa semuanya aku buat sendiri shinggakan aku belajar untuk faham satu-satu subjek tu bila aku tanya orang , mereka akan marah dan herdik aku,makanya aku relakan diri belajar dan fahami subjek itu dengan sendiri .
               Kerana selalu dibuli , dan dipandangan rendah hina lagi terhina , maka tercetuslah satu kisah dimana aku dituduh buat perkara bodoh , di suruh jungjungnya Al Quran , di suruhnya Sumpah dan jika aku berbohong kata cikgu itu, 15 minit aku keluar dari libary aku pasti akan jatuh sakit dan cacat jika aku tidak beritahu hal sebenar , aku berani aku tekad , aku tidak buat perkara itu lantas aku terus bersumpah dan berazam untuk bersihkan nama aku dari kekotoran itu. Sungguh cikgu itu tidak berpuas hati dan tamat di situ.

                Kerana hasutan benci manusia , sekali lagi dituduh , kali kedua berhadap kali ini aku dipukul dengan pembaris kayu kecil dan di pukul ikutan nafsunya sepuas-puasnya (walaupun tak sakit) tapi aku tetap nak nagis jugak sebab itu bukan salah aku , kenapa aku harus dituduh ,sebab aku lemah dan senang kena buli ??? Oleh itu aku merelakan cikgu itu pukul aku (sebab tak sakit pun,nak kesah apa..) , biarlah dia , aku tidak kesah lagi pada ketika itu.

                      Pembulian berterusan sehingga aku di KIV -kan tanpa sebab munasabah ,mulanya aku ingat aku seorang sahaja yang lemah dalam segala-galanya rupanya semasa aku berada di dalam bilik KIV , aku punyai dua dan tiga teman yang tidak pernah kena buli hanya mereka cuma nakal sahaja. mulanya aku seorang sahaja , lepas tu datang lagi dua , pada mulanya ada katil dalam tu lpas tu katil itu dikeluarkan dan diletakkan di tingkat atas , kemudiannya hanya tinggal tilam , dan tinggal tilam sahajalah , dan last day sebelum kawan-kawan aku berpindah sekolah , aku masih ingat yang mereka sambut hari jadi aku buat kali terakhir, itu yang terakhir sepanjang hidup aku tidak pernah rasa orang nak sambut hari jadi aku melainkan keluarga aku . Dan selepas itu aku dihadap oleh rakan-rakan yang lain , erm biarlah mereka dengan ketenangan mereka ,mulanya ada junior yang suka masuk bilik KIV tu tapi setelah itu dilarang 100% dan seorang junior yang suka berkawan dengan aku pun dah tak jadi kawan dengan aku ,biarlah hidup mesti diteruskan .

    Tapi semua kejadian itu tidak pernah buat aku untuk membalas dendam pada junior-junior akan datang, aku , aku dewasa di sekolah menjadi senior dan masa itu lah aku hanya melihat senior rakan-rakan aku membuli junior - junior baru , huh kerana membuli pada menimpa , aku tidak pernah rasa dan ingin untuk membalas dendam , apa perlu dendam pada orang lain dibalas pada orang lain ? Adakah ia satu keseronokkan ? Buanglah sikap dendam masa lampau itu bukan boleh bawa sampai ke mati malah nanti ditanya pula di akhirat kelak nanti ....



Bila melihat budaya membuli itu satu tren pasti di dalam video atas ini akan pasti akan ada balik kitaran membuli pada junior dimasa akan datang .... Marah dan dendam sekali pun jika hendak membalasnya bukan cara buli dan lain-lain lagi, Jangan ingat jadi senior itu sudah bagus dan mantap anda lupa asal usul anda dimana mula-mula anda pijak diatas muka bumi ini .



Inilah kisah silam aku dibuli ,sampai sekarang aku kena buli wahahahahaha
p/s : artikel tak kena mengena denga hidup atau mati . sekian


              

6 comments:

  1. boleh kenal??? fb saya zinadine conan

    ReplyDelete
  2. kau kena buli apa ;agi? kat asrama standard x jika kakak2 suruh2 benda yg lucu2?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. heh kau ni .... semua ada kisah tersendiri ia tidak akan ungkap disini,siapa yg berkawan dgn saya dr sekolah pasti depa akan ketawa punyaa !

      Delete

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu